Biodata
Nama yang diberikan ialah Muhammad Izzul Bin Razlan. Saya berumur 24 tahun pada tahun 2022. Saya berasal dari Kuala Krai, Kelantan tetapi membesar di Pasir Mas. Saya akan ceritakan serba sedikit berkaitan dengan pendidikan saya sebelum ini. Saya bersekolah di SMK Sultan Ibrahim 2 dari tahun 2011 sehingga tahun 2016. Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dengan mengikuti Program Geomatik. Kemudian barulah saya menyambung Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan mengambil program Pendidikan Khas. Alhamdulillah, sekarang saya sudah masuk ke tahun 2 semester 1. Sebut pasal hobi pula, saya mempunyai banyak hobi yang boleh dikatakan menarik, tetapi hobi yang paling saya suka ialah bermain bola dan futsal. Jika perlu memilih antara salah satunya, saya pasti memilih futsal. Saya merasakan hidup ini seperti kosong jika tidak boleh bermain futsal. Saya tidaklah begitu hebat dalam sukan ini, tetapi saya sangat meminatinya dan ingin mewakili UKM jika diberikan kesempatan. Terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan bagi subjek inovasi dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kerana memberikan tunjuk ajar sepanjang semester ini sehingga terciptanya blog pendidikan ini.
|